Friday, August 27, 2010

THE MERIT OF THOSE WHO LEARN AL - QURAN


From Ali bin Abi Talib said, the Prophet (peace be upon him) has said that means:

"The best of you are those who learn the Al-Quran and teach to others "
(H.R. Bukhari & Tirmidzi)


Al-Quran is one of the miracles that Allah revealed to the Prophet (peace be upon him) as a source of knowledge and the compass of life in the universe. It is a 'kitab' full of wisdom and lessons that remain throughout the period and no renewal. All matters of life in the universe like the law, marriage, worship and all other express and implied in Al-Quran. Therefore, who made the Al-Quran as the principles of reading, teaching, practice and communicate to others, then it is noble in the sight of Allah.

Friday, August 20, 2010

PULAU AMAN, PULAU PINANG
























Pulau Aman merupakan salah sebuah Pulau yang dinobatkan sebagai 'ecotourism "di bawah naungan Negeri Pulau Pinang. Pengembaraan saya dan dua orang pelajar sesi 2008/2009, Sdra Bashir (A16) dan Sdra Amer (A19) adalah untuk melihat sejauh mana kehidupan masyarakat di Pulau ini. Semua penduduk di Pulau ini adalah beragama Islam. Pulau ini merupakan salah satu pusat pelancongan, riadah dan Pusat latihan seperti Kem kepemimpinan, kursus motivasi dan lain-lain. Kemudahan yang terdapat di Pulau ini adalah seperti Sekolah rendah, masjid, Dewan, Chalet, Kedai runcit dan lain-lain. Kebanyakan penduduk di Pulau ini bekerja sebagai nelayan. Ada yang mengeluarkan belacan, kerepek sukun dan lain-lain. Pelawat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Pulau ini dengan mencari di enjin carian Pulau Aman.


JALAN-JALAN DI BEIJING, CHINA,TAHUN 2010


































April tahun 2010, kami mengadakan lawatan sosial ke Beijing, China. Rombongan kali ini disertai oleh Timbalan Pengarah Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA, Pensyarah kolej MARA Kuala Nerang, Kolej Profesional MARA Beranang dan isteri Datuk Ghazali (Penasihat kepada Perdana Menteri) dan Pengurus pelancongan, CT Travel. Sdri Siti.. Kami menaiki kapal terbang Airsia di KLCCT dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 6 jam. Detik cemas kami semasa kapal terbang nak 'landing' di bumi Tianjin Airport keadaan macam di pukul ombak..Dengupan jantung kami sangat tinggi. Apabila sampai di Airport Tianjin, pemeriksaan passport/visa telah dilakukan. Sangat lambat la..mereka check sangat teliti...yer la takut penjenayah kot..Nasib kami muka orang yang insaf..He3.. Dari Tianjin kami menaiki bas ke beijing kurang lebih 2 jam la perjalanan. Suhu sejuk la..kurang lebih 10 darjah...Di Tianjin banyak tanah dan kawasan yang boleh dibangunkan..Kami tiba di Beijing kurang lebih 4 petang la..Makan dulu di restoran Halal . Kat sini kalau restoran tu warna hijau dikatakan masakan halal..kalau merah tak halal. Perut pun dah lapar, kami belasah je pe yang ada.. biase la masakan china, makan je..malam tu selepas check in , kami di bawa menonton aerobatik, wau menarik la..budak2 remaja yang wat semua tu.
Hari kedua, kami sarapan di hotel dan terus dibawa ke Dataran Tian Ah Men. Ia merupakan tempat perhimpunan semasa pemerintahan Dinasti Ming dan Qing. La ni ia melambang simbol China Baru..Mengikut penerangan pemandu pelancong, Jasad Mau Zi Thong, telah diawet dan di simpan dalam bangunan ni.. Kawalan di sini sangat ketat. Luas nya kurang lebih 4 kali Dataran Merdeka la kot..Malam g shopping.. Entah hari ke berapa la..tak ingat saya,, kami g ke China Great Wall....Wau very interesting.. tak ramai yang berjaya naik ke atas.Dalam rombongan kami, hanya 3 orang lelaki je yang sampai ke atas...penat giler.. Seterusnya kami juga di bawa ke 'Nest Stadium"..Ala tempat Sukan Olimpik dulu.. Menarik la..Apabila sampai di tempat membeli belah, memang la ramai terpegun.. Ape tak nyer, barang nampak menarik macam handphone, vcam dll... Harga murah, tapi ingat... kualiti tak semestinya bagus..Nilai matawang China lebih murah berbanding Malaysia..Hari terakhir di Beijing, kami menaiki keretapi laju dari Beijing ke Tianjin Airport.. Memang laju.. 340 km/jam. Hanya 45 minit sampai kat Airport. Pas tu kami naik kapal terbang ke KLCCT.. Sampai kurang lebih jam 4 pagi..Tu la pakej lawatan selama 4 hari 3 malam kot.. Melawat Dataran Tian Ah Men, Muzium, Stadium, China Great Wall, Pusat Membeli belah, Kilang Batu Jed, Masjid dan lain-lain..

MEMORI DI MEDAN, INDONESIA TAHUN 2009














































Mei tahun 2009, penulis dan En. Haizan telah menjejakkan kaki di Medan Indonesia. Kami menaiki 'flight' dari Penang International Airport (PIA) dan perjalanan ke Medan kurang lebih 2 jam je dari PIA.
Nilai matawang Indonesia lebih murah berbanding Malaysia. Apabila tiba di Medan Airport, tiba-tiba ade lak bas tiba2 berhenti depan 'flight' , kami terkejut la. Pas tu, kami tengok orang naik, kami pun naik je la..Rupa-rupanya bas tu nak bawa kita ke tempat pemeriksaan pasport..Kami telah disambut oleh wakil agensi pelancongan, g makan lauk minang..ok la.. Air buah mangga dia sangat manis..best...Check in hotel.. Esok nya kami dibawa ke Danau Toba.Perjalanan mengambil masa kurang lebih 4 jam..kurang lebih 80 -100 km..Bukan per, jalan tak elok, macam jalan kampung di Malaysia..Di Danau Toba , kami menginap di situ dan di bawa ke perkampungan orang Batak.. Orang batak ni antara orang Indonesia yang terhebat dan banyak berjaya. "Horras" bahasa orang batak yang bermaksud Selamat Datang. Tempat-tempat lain yang dilawati ialah Istana kuning, kilang kopi dan teh, pokok2 herba (cengkih, gaharu dll),ladang lobak dan perkampungan orang batak