Friday, August 20, 2010

PULAU AMAN, PULAU PINANG
























Pulau Aman merupakan salah sebuah Pulau yang dinobatkan sebagai 'ecotourism "di bawah naungan Negeri Pulau Pinang. Pengembaraan saya dan dua orang pelajar sesi 2008/2009, Sdra Bashir (A16) dan Sdra Amer (A19) adalah untuk melihat sejauh mana kehidupan masyarakat di Pulau ini. Semua penduduk di Pulau ini adalah beragama Islam. Pulau ini merupakan salah satu pusat pelancongan, riadah dan Pusat latihan seperti Kem kepemimpinan, kursus motivasi dan lain-lain. Kemudahan yang terdapat di Pulau ini adalah seperti Sekolah rendah, masjid, Dewan, Chalet, Kedai runcit dan lain-lain. Kebanyakan penduduk di Pulau ini bekerja sebagai nelayan. Ada yang mengeluarkan belacan, kerepek sukun dan lain-lain. Pelawat boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Pulau ini dengan mencari di enjin carian Pulau Aman.


No comments:

Post a Comment